Find a jobRecruiters

Personal Driver

Exclusive opportunity

Onsite

Personal Driver

TCS Automation & Security Sdn Bhd

Personal Driver

2 months ago

Share this opportunity

Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.

Important information


Contract type:

Permanent

Salary:

MYR 31,200 – MYR 36,000 / year

Location:

Bangi, Selangor, Malaysia

Work mode:

Onsite

Published on:

18 August 2026

What they need


Personal Driver

Lokasi: Subang Jaya / USJ / Bandar Sunway / Ara Damansara / Shah Alam / Kelana Jaya (Diutamakan)

Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa

Mengenai Peranan Ini:

Kami adalah sebuah perniagaan berpangkalan di Bandar Sunway yang sedang mencari Pemandu Peribadi yang sangat boleh dipercayai, penyabar, dan profesional untuk Pengarah syarikat kami. Jika anda mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pengangkutan eksekutif dan keluarga, teliti dalam penjagaan kenderaan, dan bersedia membantu tugas ringan di kediaman, kami menawarkan pakej gaji yang sangat kompetitif dan stabil.

Pakej Gaji & Manfaat:

  • Anggaran Gaji Kasar (Gross): RM 2,600 hingga RM 3,000 (Termasuk OT dan Insentif)
  • Gaji Asas (Basic): RM 2,200 sebulan
  • Kerja Lebih Masa (OT): Dibayar secara telus mengikut kadar undang-undang buruh (statutory rate).
  • Elaun perjalanan (bermalam) akan diberikan bagi setiap perjalanan luar kawasan (luar dari Selangor, Klang Valley, WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur.
  • Manfaat: Caruman penuh KWSP, PERKESO dan SIP.
  • Elaun rawatan pesakit luar akan diberikan setelah diserap tetap.
  • Elaun Perkhidmatan & Kebolehpercayaan akan diberikan setelah diserap tetap.

Gaji kasar dan elaun perjalanan adalah sewaktu tempoh percubaan. Elaun tambahan lain akan diberikan setelah tamat tempoh percubaan.

Waktu Bekerja:

  • Isnin hingga Jumaat: 7:00 Pagi – 7:00 Petang (9 jam bekerja, 1 jam rehat dan 2 jam OT)
  • Sabtu: 9 am – 6 pm (Sekiranya perkhidmatan diperlukan, akan dibayar pada kadar OT)
  • Ahad & Cuti Umum: Hari Rehat

Tanggungjawab Utama:

  • Pengangkutan: Memandu Pengarah, ahli keluarga dan klien ke sekolah, pejabat, dan janji temu di sekitar Lembah Klang dengan selamat.
  • Kemahiran Memandu: Amat mahir dan yakin memandu serta meletakkan kenderaan MPV besar di ruang yang sempit tanpa kemalangan. Faham tentang kenderaan dan boleh menjalankan pembaikan kenderaan (minor repair) apabila dalam kecemasan seperti menukar tayar.
  • Penyelenggaraan Kenderaan: Menguruskan penjagaan kereta keluarga. Anda perlu mencuci kereta secara manual setiap minggu. Memantau tarikh cukai jalan (roadtax) dan jadual servis. Bertanggungjawab untuk memastikan servis kenderaan dijalankan mengikut jadual.
  • Penjagaan Ringan Kediaman: Bertindak sebagai pembantu keluarga yang boleh dipercayai.
  • Ketersediaan Fleksibel: Bersedia untuk kerja lebih masa (OT), hujung minggu, dan kerja luar kawasan (outstation) sekali-sekala mengikut jadual Pengarah.
  • Prefesionalisme: Memastikan ketibaan lebih awal di destinasi selepas dimaklumkan tentang masa perlepasan. Menjaga kerahsiaan Pengarah, ahli keluarga dan klien.

Keperluan:

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Peringkat Sekolah Rendah/Menengah/SPM/”O”, dalam mana-mana bidang.
  • Sekurang-kurangnya 1-2 Tahun pengalaman bekerja sebagai pemandu Syarikat atau pemandu peribadi.
  • Memiliki lesen memandu (Kelas D) yang sah dengan rekod memandu yang bersih.
  • Penglihatan yang baik. Perlu disahkan oleh optometrist.
  • Biasa dengan laluan Klang Valley, Putrajaya, KL.
  • Dapat datang ke tempat kerja awal sekiranya sesuatu muncul pada saat-saat akhir.
  • Sanggup bekerja lebih masa, hujung minggu, cuti umum, dan apabila diperlukan.
  • Mampu menavigasi dan menggunakan aplikasi teknologi yang diperlukan (Waze, Peta Google dll).
  • Tiada rekod jenayah.
  • Bukan Perokok.
  • Kemahiran sebagai pengawal peribadi bertauliah adalah tambahan kredit.
  • Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
  • Bersedia menjalani pemeriksaan latar belakang PDRM, pemeriksaan kesihatan dan menyediakan eCCRIS dan CTOS semasa temu duga.
  • Jawatan sepenuh masa tersedia.

Nota: Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Semasa sesi temu duga telefon pertama, calon mesti mengesahkan persetujuan mereka untuk melakukan SOP keselamatan VIP (membukakan pintu, memastikan pemakaian tali pinggang keledar, mengambil bagasi) dan tugas penjagaan ringan kediaman (membeli barang dapur kecil di pasaraya).

Pay: RM2,600.00 - RM3,000.00 per month

Work Location: In person

Other offers great for you!

These companies are also looking for great profiles

Ness Technologies

RSO (Responsable sécurité opérationnelle)

60000

Permanent contract

92120 Montrouge, France

Onsite

Skills

GDPR

13 hours ago

Quick apply

Celad

Responsable déploiement PMO Programme Confirmé (H/F)

40000/48000€

Permanent contract

Rennes, France

Onsite

Skills

Responsable déploiement PMO

7 hours ago

Quick apply

Hepta Advisory Labs

Développeur C# / .NET 6+ – Trading Électronique / Front Office

Freelance

Paris, France

Onsite

Skills

C#.NETNET 6

7 hours ago

Quick apply

The best place to find your next move

© 2026. All Rights Reserved.

Talents

Find a job

Create a profile

Solutions and tools