Find a jobRecruiters

DRIVER TO GCEO OFFICE

Exclusive opportunity

Onsite

DRIVER TO GCEO OFFICE

KOP MANTAP BERHAD

DRIVER TO GCEO OFFICE

2 months ago

Share this opportunity

Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.

Important information


Contract type:

Permanent

Location:

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Work mode:

Onsite

Published on:

13 August 2026

What they need


Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pemanduan yang selamat, cekap, profesional dan berdisiplin kepada GCEO bagi urusan rasmi dan peribadi yang dibenarkan oleh pihak syarikat.

Selain itu, pemegang jawatan turut bertanggungjawab menjalankan tugas dispatch, penghantaran dan pengambilan dokumen, surat-menyurat, barangan serta urusan rasmi syarikat antara pejabat Kumpulan, syarikat subsidiari, pelanggan, pembekal, agensi kerajaan dan pihak berkaitan.

3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA

A. Perkhidmatan Pemanduan kepada GCEO

  1. Menyediakan perkhidmatan pemanduan kepada GCEO untuk urusan rasmi, mesyuarat, lawatan kerja, acara syarikat dan urusan lain yang diarahkan.
  2. Memastikan GCEO tiba di destinasi dengan selamat, tepat pada masa dan menggunakan laluan yang bersesuaian.
  3. Membantu GCEO dalam urusan keluar masuk kenderaan serta memastikan kawasan menaiki dan menurunkan penumpang adalah selamat dan sesuai.
  4. Membantu membawa dan menguruskan barang atau dokumen milik GCEO yang berkaitan dengan urusan rasmi.
  5. Menyediakan perjalanan bagi menghadiri mesyuarat, program, lawatan tapak, majlis rasmi dan aktiviti Kumpulan.
  6. Bersedia untuk menjalankan perjalanan luar kawasan atau luar daerah mengikut keperluan tugas dan arahan GCEO/Pengurusan.
  7. Menyesuaikan jadual perjalanan berdasarkan keperluan dan perubahan jadual GCEO.

B. Dispatch dan Penghantaran Dokumen / Barangan Syarikat

  1. Menjalankan tugas dispatch bagi pihak KOP Mantap Berhad dan syarikat-syarikat subsidiari apabila diarahkan.
  2. Menghantar dan mengambil surat rasmi, dokumen, kontrak, cek, invois, dokumen tender, barangan dan lain-lain dokumen syarikat kepada pihak berkaitan.
  3. Memastikan semua dokumen atau barangan yang dihantar diterima oleh pihak yang betul dan dalam keadaan baik.
  4. Mendapatkan bukti penerimaan seperti cop, tandatangan, nama penerima atau bukti penghantaran apabila diperlukan.
  5. Menjaga kerahsiaan dokumen syarikat dan tidak membuka, membaca, menyalin atau mendedahkan kandungan dokumen tanpa kebenaran.
  6. Menyusun jadual penghantaran secara efisien bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos perjalanan.
  7. Melaksanakan urusan penghantaran segera (urgent delivery) apabila diperlukan oleh Pengurusan.

C. Pengurusan dan Penjagaan Kenderaan Syarikat

  1. Memastikan kenderaan GCEO sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan sesuai digunakan.
  2. Menjalankan pemeriksaan harian terhadap minyak enjin, air radiator, tayar, brek, lampu dan keadaan asas kenderaan.
  3. Memastikan kenderaan menjalani servis dan penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan.
  4. Memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan segera sekiranya terdapat kerosakan, kemalangan atau masalah mekanikal.
  5. Menguruskan penghantaran kenderaan ke pusat servis, bengkel, pusat pemeriksaan atau lokasi berkaitan apabila diarahkan.
  6. Memastikan cukai jalan, insurans dan dokumen berkaitan kenderaan masih sah.
  7. Memastikan kenderaan digunakan hanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarikat.
  8. Menyimpan rekod perjalanan, penggunaan minyak, penyelenggaraan dan perbelanjaan berkaitan kenderaan apabila diperlukan.

D. Keselamatan dan Pematuhan Pemanduan

  1. Memandu secara berhemah dan mematuhi semua undang-undang serta peraturan jalan raya.
  2. Mengutamakan keselamatan GCEO, penumpang, pengguna jalan raya dan kenderaan syarikat pada setiap masa.
  3. Tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kecuali melalui kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang.
  4. Tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau sebarang bahan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.
  5. Melaporkan sebarang kemalangan, saman, kerosakan atau kejadian berkaitan kenderaan kepada pihak Pengurusan dengan segera.
  6. Memastikan lesen memandu sentiasa sah dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

E. Sokongan Operasi dan Urusan Rasmi

  1. Membantu GCEO dalam urusan logistik seperti mengambil atau menghantar dokumen, barangan dan keperluan rasmi.
  2. Membantu menyediakan keperluan perjalanan GCEO seperti laluan perjalanan, lokasi parkir dan akses ke destinasi.
  3. Membantu dalam urusan persediaan perjalanan atau program rasmi GCEO apabila diperlukan.
  4. Memberikan bantuan operasi kepada Pejabat GCEO atau Jabatan lain sekiranya tiada tugasan pemanduan atau dispatch.
  5. Menjalankan tugasan lain yang munasabah dan berkaitan dengan operasi syarikat sebagaimana diarahkan oleh GCEO atau Pengurusan.

4. KERAHSIAAN

Pemegang jawatan hendaklah:

  1. Menjaga kerahsiaan semua maklumat, dokumen, perbincangan dan urusan GCEO serta syarikat yang diketahui sepanjang menjalankan tugas.
  2. Tidak mendedahkan maklumat berkaitan GCEO, syarikat, pelanggan, pembekal atau pihak berkepentingan kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran.
  3. Tidak mengambil gambar, membuat rakaman atau berkongsi maklumat berkaitan urusan rasmi GCEO atau syarikat tanpa kebenaran.
  4. Memastikan semua dokumen yang dibawa atau dihantar dikendalikan dengan penuh amanah dan selamat.

5. KELAYAKAN DAN KOMPETENSI

  • Mempunyai Lesen Memandu Kelas D yang sah (Memiliki lesen B2; lesen E adalah kelebihan)
  • Tinggal berhampiran Bandar Saujana Putra.
  • Mempunyai pengalaman sebagai pemandu kepada pengurusan atasan / VIP adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai rekod pemanduan yang baik.
  • Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai jalan raya dan lokasi utama di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.
  • Mampu menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps/Waze.
  • Berdisiplin, menepati masa dan mempunyai sikap bertanggungjawab.
  • Mempunyai penampilan yang kemas dan profesional.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Mempunyai tahap integriti dan kerahsiaan yang tinggi.
  • Bersedia bekerja di luar waktu pejabat, hujung minggu atau cuti umum apabila diperlukan berdasarkan keperluan tugas dan arahan Pengurusan.

Keutamaan bagi pemohon yang tinggal di kawasan - kawasan berikut :

  • Bandar Saujana Putra
  • Putrajaya/ Cyberjaya
  • Jenjarom
  • Bandar Puteri Puchong
  • Telok Panglima Garang
  • Putra Heights

Kelebihan (Added Advantage)

  • Elaun perjalanan/OT disediakan.
  • Insurans dan faedah perubatan (jika ada).
  • Peluang bekerja rapat dengan pihak pengurusan atasan.
  • Persekitaran kerja yang stabil dan profesional.

Benefits:

  • Cell phone reimbursement
  • Dental insurance
  • Health insurance
  • Opportunities for promotion

Other offers great for you!

These companies are also looking for great profiles

Visian

Business Analyst (Front Office & Risk) - Senior

650

Freelance

Paris, France

Hybrid

Skills

FinanceBusiness Analystinstruments financiersasset managementOMS / PMSrisk management

1 day ago

Quick apply

Teksystems

Responsable Applicatif Font Office (H/F)

400-450 €

Freelance

93160 Noisy-le-Grand, France

Onsite

Skills

buildrunapplication owner

1 day ago

Quick apply

Finaxys

Finaxys recrute un Business Analyst Front Office (H/F) 

Permanent contract

92800 Puteaux, France

Hybrid

Skills

Business Analystfront office

18 hours ago

Quick apply

The best place to find your next move

© 2026. All Rights Reserved.

Talents

Find a job

Create a profile

Solutions and tools