Find a jobRecruiters

Content Creator

Exclusive opportunity

Onsite

Content Creator

Rimbunan Emas Properties Sdn Bhd

Content Creator

Skills

CopywritingTikTok AdsCanva

1 month ago

Share this opportunity

Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.

Important information


Contract type:

Permanent

Location:

Jerteh, Terengganu, Malaysia

Work mode:

Onsite

Published on:

9 September 2026

What they need


Content Creator

Penerangan Jawatan

Kami sedang mencari seorang Content Creator yang kreatif, proaktif dan mempunyai minat yang tinggi dalam dunia media sosial dan pemasaran digital untuk menyertai pasukan kami.

Calon yang dipilih akan bertanggungjawab menghasilkan kandungan yang menarik, kreatif dan berkualiti untuk meningkatkan brand awareness, engagement serta mendapatkan prospek/pelanggan melalui media sosial.

Tanggungjawab Utama

  • Merancang dan menghasilkan kandungan untuk platform TikTok, Facebook dan Instagram.
  • Menghasilkan video pendek, video promosi, kandungan berbentuk edukasi, testimoni dan kandungan media sosial yang menarik.
  • Mengurus keseluruhan proses penghasilan kandungan bermula daripada mencari idea, membuat skrip, penggambaran, editing sehingga penerbitan.
  • Mencari dan mengikuti trend semasa di media sosial serta menghasilkan kandungan yang relevan.
  • Menghasilkan hook, caption dan copywriting yang menarik untuk setiap kandungan.
  • Bersedia untuk tampil di hadapan kamera bagi menghasilkan video jika diperlukan.
  • Mengedit video menggunakan CapCut, Canva atau perisian editing lain.
  • Menyusun dan memastikan kandungan diterbitkan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memantau prestasi kandungan seperti views, reach, engagement dan leads.
  • Memberikan idea dan cadangan untuk meningkatkan prestasi kandungan.
  • Bekerjasama dengan pasukan pemasaran dalam menghasilkan kandungan dan kempen pemasaran.

Kelayakan & Kemahiran

  • Mempunyai pengalaman dalam Content Creation, Social Media Management atau Digital Marketing adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai TikTok, Facebook dan Instagram.
  • Mampu menghasilkan dan mengedit video pendek secara sendiri.
  • Kreatif, mempunyai banyak idea dan sentiasa mengikuti trend media sosial.
  • Mempunyai kemahiran asas dalam CapCut, Canva atau aplikasi editing yang berkaitan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Yakin dan selesa untuk tampil di hadapan kamera.
  • Mampu bekerja secara sendiri dan dalam pasukan.
  • Bertanggungjawab, proaktif dan mampu menyiapkan tugasan mengikut deadline.
  • Fresh graduate juga digalakkan memohon, terutamanya calon yang mempunyai portfolio atau hasil kandungan sendiri.

Kelebihan Tambahan

Calon yang mempunyai kemahiran berikut akan diberi keutamaan:

  • Video editing
  • Copywriting
  • Photography & Videography
  • Social Media Marketing
  • Meta Ads / TikTok Ads
  • Analisis prestasi media sosial
  • Penghasilan video TikTok / Reels
  • Pengurusan content calendar

Apa Yang Kami Tawarkan

  • Gaji yang kompetitif berdasarkan pengalaman dan kemahiran.
  • Peluang untuk belajar dan berkembang dalam bidang Digital Marketing & Content Creation.
  • Persekitaran kerja yang kreatif dan supportive.
  • Peluang menghasilkan kandungan untuk kempen pemasaran sebenar.
  • Peluang membina portfolio dan mengembangkan kemahiran.
  • Laluan perkembangan kerjaya dalam bidang pemasaran digital.

Cara Memohon

Sila sertakan resume terkini serta portfolio atau contoh kandungan/video yang pernah dihasilkan.

Calon tanpa pengalaman kerja formal juga dialu-alukan untuk memohon sekiranya mempunyai kreativiti, kemahiran menghasilkan content dan portfolio yang baik.

Other offers great for you!

These companies are also looking for great profiles

Confidentiel

Change Lead for an AI-powered delivery transformation

Freelance

London, UK

Onsite

Skills

AIProject Management (PMO)Change Management

1 day ago

Quick apply

Yeets

Consultant senior Acculturation IA Agentique

Freelance

92700 Colombes, France

Hybrid, Onsite

Skills

LLMs / Large language modelsCommunity ManagementChange ManagementAgentic AIInformation systems

1 day ago

Quick apply

Redsen Consulting

Business Analyste technique

Permanent contract

Geneva, Switzerland

Onsite, Hybrid

Skills

Business Analystallemand

1 day ago

Quick apply

The best place to find your next move

© 2026. All Rights Reserved.

Talents

Find a job

Create a profile

Solutions and tools