Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad
EXECUTIVE - COMPENSATION & BENEFITS
1 month ago
Share this opportunity
Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.
Important information
Contract type:
Permanent
Salary:
MYR 33,600 – MYR 42,000 / year
Location:
Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Work mode:
Onsite
Published on:
17 September 2026
What they need
Syarat-syarat dan kelayakan calon:
- Warganegara Malaysia berumur 25 - 40 tahun (Calon-calon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan Sumber Manusia mestilah tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan).
- Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia / Pentadbiran Perniagaan / atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan; dan
- Memiliki kelulusan SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik serta lulus dalam tiga mata pelajaran lain;
- Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam pentadbiran sumber manusia di syarikat/organisasi besar yang mempunyai bilangan pekerja/kakitangan 50 - 100 orang adalah satu kelebihan dan diberi keutamaan;
- Mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja secara berdikari di bawah tekanan termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum; dan
- Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mahir dalam penggunaan komputer/internet.
MATLAMAT UTAMA KERJA
Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Cawangan / Ketua Bahagian dalam urusan perkhidmatan kakitangan yang melibatkan kebajikan serta kemudahan kakitangan.
A. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
- Berhubung rapat dengan kakitangan dalam menjalankan tugas harian. Untuk mencapai darjah kecekapan yang tinggi, perlulah memberi arahan dan petunjuk dengan tepat, terang dan padat kepada kakitangan-kakitangan yang berkenaan. Di samping itu, perlu bekerjasama dengan pegawai-pegawai seperingkat ke arah mengujudkan suasana organisasi yang bersatu untuk mencapai matlamat.
- Membantu dalam mengendalikan dan melaksanakan kelicinan perjalanan Cawangan Sumber Manusia selaras dengan dasar / peraturan / fungsi Cawangan Sumber Manusia yang ditetapkan.
- Membantu dalam mengkaji dan menyemak sistem perkhidmatan / pengurusan sumber manusia dari masa ke semasa dan mengemukakan cadangan perubahan, jika perlu.
- Bertanggungjawab kepada kecekapan kakitangan bawahan serta memastikan kakitangan mematuhi peraturan-peraturan perkhidmatan yang ditetapkan.
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan lain-lain mesyuarat yang diarahkan semasa ketiadaan Ketua Cawangan / Ketua Bahagian.
- Membantu dalam menyediakan kertas-kertas kerja / cadangan yang berkaitan dengan perkhidmatan / pengurusan sumber manusia untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga.
- Membantu dalam memberikan pandangan berhubung dengan undang-undang buruh dan polisi / dasar / peraturan berkaitan perkhidmatan / pengurusan Sumber Manusia kepada kakitangan koperasi.
- Menjalin perhubungan / kerjasama yang baik di antara Koperasi Polis dengan Jabatan Kerajaan dan lain-lain pihak yang mendatangkan manfaat kepada Koperasi.
- Membantu dalam mengendalikan urusan berkaitan dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KESKOP).
- Membantu menyelia kes-kes berkaitan dengan Perhubungan Perusahaan.
- Membantu Ketua Cawangan / Ketua Bahagian dalam mengekalkan disiplin dan moral kakitangan-kakitangan peringkat bawahan.
- Membantu dalam pemantauan dan membuat semakan dari masa ke semasa setiap tugasan kakitangan bawahan bagi memastikan perlaksanaan dibuat dengan sempurna.
- Turut memahirkan diri dalam tugasan selain daripada tugasan hakiki di dalam Cawangan Sumber Manusia dalam usaha memastikan kelancaran tugasan di Cawangan Sumber Manusia berdasarkan konsep bekerjasama.
- Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Cawangan / Ketua Bahagian dari masa ke semasa.
- Antara tugasan utama adalah :-
- Penyelenggaraan bayaran gaji bulanan kakitangan
- Penyelenggaraan kenaikan gaji tahunan / pelarasan gaji kakitangan
- Penyediaan penyata saraan (ea) tahunan
- Pembayaran bonus tahunan kakitangan
- Kemaskini maklumat peribadi Anggota Lembaga / JKAD / kakitangan dan tanggungan bagi tujuan rekod perubatan / perlindungan insurans
- Proses tuntutan / semakan perubatan Anggota Lembaga / JKAD / kakitangan
- Penyediaan laporan perubatan bulanan
- Penyelenggaraan proses tuntutan perkeso
- Penyelenggaraan kakitangan berhenti / bersara / ditamatkan perkhidmatan – perkiraan gaji / tuntutan notis dan yang berkaitan / makluman kepada LHDN, Perkeso, Insurans
- Seliaan pembaharuan surat jaminan (perjanjian) / Jaminan Bank bagi urusan rawatan perubatan di Hospital Kerajaan / PPUKM / PPUM / PUSRAWI
- Seliaan urusan kemasukan hospital - Surat Jaminan Rawatan KPD / saguhati kemasukan wad
- Penyelenggaraan permohonan umrah / haji
- Kemaskini Skim Perkhidmatan Kakitangan KPDRM
- Seliaan semakan Perjanjian Bersama
- Membantu mengemaskini skop tugas dan tanggungjawab kakitangan KPDRM berdasarkan perubahan struktur carta / jawatan )
- Membantu mengemaskini Carta Organisasi KPDRM yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pekeliling / memorandum berkaitan
- Membantu dalam penyeliaan kes-kes aduan / tuntutan kakitangan / bekas kakitangan
- Membantu dalam penyeliaan kes-kes mahkamah perusahaan
Other offers great for you!
These companies are also looking for great profiles
Celad
Business Analyst SIRH Compensation & Benefits (H/F)
50000€
Permanent contract
Paris, France
Hybrid
Skills
5 months ago
Quick apply
Celad
Business Analyst SIRH Compensation & Benefits (H/F)
450€ HT
Freelance
Paris, France
Hybrid
Skills
5 months ago
Quick apply
Tenth Revolution Group
Mission Freelance – Compensation & Benefits Specialist Senior
Freelance
Paris, France
Hybrid
Skills
20 days ago
Quick apply