Private Advertiser
Housekeeping Supervisor + Driver
22 days ago
Share this opportunity
Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.
Important information
Contract type:
Permanent
Location:
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Work mode:
Onsite
Published on:
5 October 2026
What they need
Bertanggungjawab untuk menyelia, menyelaras dan memantau operasi harian pasukan Housekeeping bagi memastikan semua bilik, kawasan umum dan kawasan operasi WFCC sentiasa bersih, kemas, selamat dan memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, membantu operasi WFCC sebagai pemandu apabila diperlukan, termasuk urusan pengangkutan kakitangan, dokumen, barangan, bekalan dan keperluan operasi yang diluluskan oleh pihak pengurusan.
Tanggungjawab Housekeeping
A. Penyeliaan Housekeeping
- Menyelia dan menyelaras tugasan harian semua kakitangan Housekeeping.
- Menyediakan dan memantau pembahagian tugasan harian.
- Menetapkan tugasan bilik dan kawasan umum berdasarkan jumlah penghuni, jadual check-in/check-out dan keperluan operasi.
- Memastikan semua tugasan pembersihan diselesaikan mengikut jadual.
- Menjalankan pemeriksaan berkala terhadap bilik, tandas, koridor, kawasan umum dan kawasan yang berkaitan.
- Memastikan bilik berada dalam keadaan bersih dan lengkap sebelum ketibaan ibu yang akan check-in.
- Memeriksa semula bilik selepas kerja pembersihan disiapkan oleh kakitangan.
- Mengambil tindakan susulan terhadap sebarang masalah kebersihan atau kerosakan yang dikenal pasti.
- Memastikan semua kakitangan mematuhi SOP, standard kebersihan dan prosedur keselamatan WFCC.
B. Kawasan Umum & Pembersihan Mingguan
- Menyediakan dan menyelaras jadual pembersihan kawasan umum secara mingguan.
- Menilai jumlah penghuni/census mingguan bagi menentukan pembahagian tenaga kerja Housekeeping.
- Memastikan kerja-kerja deep cleaning dan pembersihan berkala dijalankan mengikut jadual.
- Memantau kebersihan kawasan seperti lobby, koridor, lif, tangga, tandas, pantry, kawasan kakitangan dan kawasan umum lain.
- Memastikan kawasan yang mempunyai sentuhan tinggi dibersihkan dan disanitasi secara berkala.
C. Linen & Bekalan Housekeeping
- Memantau stok linen, tuala, bahan pencuci, toiletries dan bekalan Housekeeping.
- Menjalankan pemeriksaan stok secara berkala dan memaklumkan pihak pengurusan sekiranya bekalan perlu ditambah.
- Memastikan penggunaan bahan dan bekalan secara berhemah serta mengelakkan pembaziran.
- Memastikan linen bersih dan linen kotor diasingkan, dikendalikan dan disimpan dengan betul.
- Melaporkan linen atau peralatan Housekeeping yang rosak, hilang atau tidak mencukupi.
D. Pengurusan Kakitangan
- Memantau kehadiran, ketepatan masa dan prestasi kerja kakitangan Housekeeping.
- Memberi taklimat dan pembahagian tugasan kepada kakitangan pada setiap hari.
- Memberi tunjuk ajar dan latihan kerja kepada kakitangan Housekeeping.
- Memastikan kakitangan menjaga kekemasan diri, uniform dan disiplin kerja.
- Menangani isu kerja harian dan melaporkan masalah serius atau berulang kepada pihak pengurusan.
- Membantu pihak pengurusan dalam penilaian prestasi kakitangan.
- Memastikan serahan tugas antara shift berjalan dengan baik.
E. Kawalan Kualiti & Laporan
- Memastikan tahap kebersihan dan kekemasan WFCC sentiasa berada pada standard yang ditetapkan.
- Menjalankan pemeriksaan secara berkala dan spot check dengan pengurusan.
- Merekod dan melaporkan kerosakan fasiliti, kehilangan barang atau masalah penyelenggaraan yang ditemui.
- Memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat aduan atau maklum balas berkaitan kebersihan.
- Membantu menyediakan checklist, rekod pemeriksaan dan dokumen Housekeeping yang diperlukan.
3. Tanggungjawab Sebagai Pemandu
A. Pengangkutan
- Memandu kenderaan WFCC dengan selamat dan bertanggungjawab bagi urusan rasmi syarikat.
- Menghantar dan mengambil kakitangan, pihak pengurusan, dokumen, bekalan, peralatan dan barangan yang dibenarkan.
- Membantu urusan pengangkutan bagi aktiviti operasi, event, roadshow, marketing dan urusan pembelian apabila diarahkan.
- Memastikan ketepatan masa bagi setiap tugasan pengangkutan.
B. Penjagaan Kenderaan
- Menjalankan pemeriksaan asas kenderaan setiap hari seperti minyak, tayar, lampu, brek dan keadaan keseluruhan kenderaan.
- Memastikan kenderaan sentiasa bersih, kemas dan dalam keadaan baik.
- Memantau jadual servis, road tax, insurans dan keperluan berkaitan kenderaan.
- Melaporkan sebarang kerosakan atau masalah kenderaan kepada pihak pengurusan dengan segera.
- Menyimpan rekod penggunaan kenderaan, mileage, minyak petrol dan servis sekiranya diperlukan.
- Mematuhi semua undang-undang jalan raya dan prosedur keselamatan WFCC.
C. Sokongan Logistik
- Membantu mengambil dan menghantar bekalan, dokumen, peralatan dan barangan operasi.
- Membantu Housekeeping / Operations memindahkan bekalan dan peralatan apabila diperlukan.
- Membantu dalam urusan pengangkutan bagi event, fair, roadshow dan aktiviti syarikat.
- Memastikan semua barangan yang dibawa dikendalikan dan disimpan dengan selamat.
4. Tanggungjawab Am
- Menjaga kerahsiaan maklumat - maklumat ibu, bayi dan tetamu.
- Mematuhi semua polisi, SOP, prosedur keselamatan dan standard kebersihan WFCC.
- Menunjukkan sikap profesional dan komunikasi yang baik dengan ibu, ahli keluarga, pelawat dan semua kakitangan.
- Membantu jabatan lain apabila diperlukan demi kelancaran operasi harian.
- Memberi respons dengan segera terhadap sebarang isu Housekeeping atau operasi yang memerlukan perhatian.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang munasabah seperti diarahkan oleh pihak pengurusan.
Other offers great for you!
These companies are also looking for great profiles
Easy-Talent
Responsable des Services Généraux - CDD F/H
Freelance
77340 Pontault-Combault, France
Onsite
Skills
17 hours ago
Quick apply
Unitech Solutions
Tech Lead Data
500€/jour
Freelance
Saint-Denis, France
Hybrid, Onsite
Skills
14 hours ago
Quick apply
Mon Consultant Indépendant
Expertise lean + chaîne procurement to pay (P2P)
TJM HT max 681 € (hors éventuels frais de mission, à discuter avec le client)
Freelance
Paris, France
Hybrid
Skills
11 hours ago
Quick apply