Find a jobRecruiters

Ketua Jabatan Audit Dalaman

Exclusive opportunity

Onsite

Ketua Jabatan Audit Dalaman

PERBADANAN NASIONAL - PERNAS

Ketua Jabatan Audit Dalaman

Skills

Internal Audit

2 months ago

Share this opportunity

Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.

Important information


Contract type:

Permanent

Location:

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Work mode:

Onsite

Published on:

1 September 2026

What they need


Ringkasan Jawatan:

Memimpin dan menyelia Jabatan Audit Dalaman dalam menyediakan perkhidmatan jaminan (assurance), khidmat nasihat (advisory) dan pandangan (insight) yang bebas, objektif dan berasaskan risiko bagi menyokong keberkesanan tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalaman di seluruh organisasi. Jawatan ini bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan strategi Audit Dalaman, menyelia aktiviti jaminan dan khidmat nasihat, serta menyediakan pandangan, penemuan dan cadangan kepada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan Risiko Lembaga (BARC) serta pengurusan kanan. Jawatan ini turut menyediakan sokongan khidmat nasihat berkaitan pematuhan Syariah dan tadbir urus Zakat di bawah fungsi Khidmat Nasihat, dengan kerjasama Jawatankuasa/Lembaga Syariah dan pihak pengurusan yang berkaitan.

Peranan & Tanggungjawab Utama:

  1. Memimpin dan mengurus Jabatan Audit Dalaman, termasuk pembangunan dan pelaksanaan strategi Audit Dalaman serta pelan audit berasaskan risiko.
  2. Menyediakan jaminan (to find the right word in audit perspective), nasihat, pandangan dan cadangan yang bebas serta objektif kepada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan Risiko Lembaga Pengarah (BARC) dan pengurusan kanan berkaitan tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalaman.
  3. Mengawasi audit kewangan, operasi, pematuhan, tadbir urus dan teknologi maklumat bagi menilai keberkesanan dan kecekapan kawalan dalaman serta proses perniagaan..
  4. Menilai risiko signifikan (to find the right word in audit perspective), kelemahan kawalan dan isu yang muncul, serta mencadangkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang bersesuaian.
  5. Memantau pelaksanaan cadangan audit dan memastikan tindakan susulan dilaksanakan tepat pada masanya oleh jabatan berkaitan.
  6. Menyediakan sokongan khidmat nasihat berkaitan proses perniagaan, polisi, projek, pelaksanaan sistem dan inisiatif perniagaan utama lain bagi memperkukuh pengurusan risiko dan kawalan dalaman.
  7. Menyediakan sokongan khidmat nasihat berkaitan pematuhan Syariah dan tadbir urus Zakat dengan penyelarasan bersama Jawatankuasa/Lembaga Syariah dan pengurusan yang berkaitan.
  8. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang berkesan dengan Lembaga Pengarah, BARC, pengurusan kanan, juruaudit luar dan pihak berkepentingan utama lain bagi memperkukuh tadbir urus korporat dan keberkesanan organisasi.
  9. Menggalakkan budaya integriti, kebebasan, objektiviti, profesionalisme dan penambahbaikan berterusan dalam Jabatan Audit Dalaman.
  10. Melaksanakan apa-apa tugas atau tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit dan Risiko Lembaga Pengarah (BARC) atau pengurusan kanan.

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Teknologi Maklumat, Pengurusan Risiko atau bidang berkaitan (Ijazah Sarjana merupakan satu kelebihan).

Pengalaman**:**

Minimum 10 tahun pengalaman berkaitan dalam audit dalaman, audit luaran, khidmat nasihat, pengurusan risiko, tadbir urus, perundingan pengurusan atau bidang berkaitan, dengan sekurang-kurangnya 5 tahun dalam peranan kepimpinan kanan atau pengurusan.

Keperluan:

  1. Pensijilan profesional seperti Certified Internal Auditor (CIA), Chartered Accountant (CA), ACCA, CPA, CISA, CRMA atau yang setaraf amat digalakkan, dengan CIA sebagai keutamaan.
  2. Pengetahuan kukuh mengenai prinsip audit dalaman, audit berasaskan risiko, tadbir urus, pengurusan risiko perusahaan, kawalan dalaman dan Global Internal Audit Standards.
  3. Pengalaman terbukti dalam memimpin audit dalaman berasaskan risiko serta menyediakan perkhidmatan jaminan dan khidmat nasihat kepada pengurusan kanan dan/atau Lembaga Pengarah.
  4. Pemahaman kukuh mengenai risiko dan kawalan kewangan, operasi, pematuhan dan teknologi maklumat, dengan keupayaan untuk mengenal pasti risiko yang muncul serta memberikan cadangan yang praktikal.
  5. Kemahiran komunikasi, penulisan laporan dan pembentangan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dengan keupayaan untuk menyampaikan perkara audit, risiko dan tadbir urus yang kompleks dengan jelas kepada pihak berkepentingan kanan.
  6. Tahap integriti, kebebasan, objektiviti, profesionalisme, kerahsiaan dan pertimbangan profesional yang tinggi.
  7. Kemahiran kepimpinan, analitikal, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang kukuh, dengan keupayaan untuk melibatkan dan mempengaruhi pihak berkepentingan di semua peringkat.
  8. Pengalaman dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), badan berkanun, organisasi sektor awam, institusi kewangan, organisasi pelaburan atau persekitaran korporat yang pelbagai merupakan satu kelebihan.

Tarikh Tutup Permohonan: 14 September 2026

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Lydia Natasha Azharuddin
ext: 03-3001-7746
[email protected]

Farah Aida Ahmad
ext: 03-3001-7905
[email protected]

Other offers great for you!

These companies are also looking for great profiles

OPTIMA Advisory

Consultant Audit Risque de Crédit / Défaut & Forbearance

Freelance

Paris, France

Onsite

Skills

Financial ControlAuditInternal AuditanglaisRisque de créditForbearance

8 hours ago

Quick apply

Futurwork

Senior Programmamanager Cybersecurity NIS2 Audit (NL)

€950/day

Freelance

Antwerp, Belgium

Remote, Hybrid

Skills

CybersecurityNIS2Information Security GovernanceAudit ManagementProgram ManagementISO 27001

6 hours ago

Quick apply

CL23

Audit Coordination Consultant - Finance - CDI/Freelance

Freelance

Luxembourg

Onsite

Top Recruiter

Skills

External AuditAudit coordinationISAE 3000Agreed-Upon Procedures (AUP)Regulatory analysisAdvanced Excel

5 hours ago

Quick apply

The best place to find your next move

© 2026. All Rights Reserved.

Talents

Find a job

Create a profile

Solutions and tools