DESINCE SDN BHD
Live Host - Full Time
19 days ago
Share this opportunity
Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.
Important information
Contract type:
Permanent
Location:
Kapar, Selangor, Malaysia
Work mode:
Onsite
Published on:
3 October 2026
What they need
TikTok Live Host — Sepenuh Masa
Syarikat: DESINCE SDN. BHD.
Lokasi: Klang / Kapar, Selangor
Gaji Pokok: RM 2,200 – RM 3,300 sebulan
Taraf Jawatan: Sepenuh Masa (Full-Time) | Latihan Penuh Disediakan (No Experience Required)
TENTANG DESINCE
Ditubuhkan pada tahun 2016, Desince Sdn Bhd merupakan jenama e-dagang fesyen terkemuka dan pemenang anugerah JUARA Sidec Top E-Commerce Merchant 2025.
Seiring dengan perkembangan operasi studio kami di Klang, Selangor, kami kini mencari individu yang bersemangat, bertenaga, dan sukakan fesyen untuk menyertai keluarga kami sebagai TikTok Live Host Sepenuh Masa!
PERSEKITARAN KERJA
- Suasana Kerja Selesa: Ruang kerja yang bersih, selamat, berhawa dingin dan serba lengkap khas untuk penstriman langsung dan penghasilan kandungan.
- Lokasi Strategik: Terletak di Klang dan sangat mudah diakses untuk anda yang tinggal di sekitar Klang, Kapar, Meru, Shah Alam, Setia Alam, dan kawasan berdekatan.
- Studio Lengkap & Moden: Studio penyiaran khas dengan kelengkapan peralatan profesional yang disediakan sepenuhnya oleh syarikat.
- Akses Mudah: Laluan mudah ke jalan raya utama dan lebuh raya di sekitar Klang dengan tempat letak kenderaan percuma.
- (Nak tengok suasana kerja kami yang 'happening'? Cari @desince.life di TikTok!)
PAKEJ GAJI & PENDAPATAN
POTENSI KESELURUHAN PAKEJ (Sebelum Komisen): Sehingga RM 6,300+ Sebulan!
(Jumlah yang boleh anda capai apabila berada di gred kemahiran tertinggi serta kehadiran penuh. Komisen jualan akan ditambah di atas jumlah ini!)
Gaji Pokok (Basic): RM 2,200 – RM 3,300 sebulan (berdasarkan pengalaman).
Elaun Gred Kemahiran (Tier Allowance): RM 600 – RM 2,300 sebulan (Laluan kerjaya yang jelas — naik gred kemahiran, gaji pun bertambah!).
Bonus Kehadiran Penuh: Sehingga RM 300 sebulan.
Bonus Syif Petang/Malam (PM Shift): Sehingga RM 500 sebulan.
Komisen Jualan Tanpa Had: 0.50% hingga 1.50% daripada nilai jualan (GMV) sebaik melepasi sasaran bulanan.
Faedah Lengkap: Perlindungan perubatan & insurans (panel klinik), caruman KWSP (EPF), PERKESO (SOCSO), EIS, dan PCB.
Ganjaran Tambahan: Bonus tahunan, kenaikan gaji tahunan, dan peralatan siaran langsung profesional disediakan syarikat.
TUGAS UTAMA SEBAGAI LIVE STREAMING HOST:
Kami mahu anda seronok dan bawa tenaga positif anda ke hadapan kamera!
Mengacarakan Live (Hosting): Kendalikan sesi live stream yang interaktif dan bertenaga di TikTok dan platform lain. Sesi dibahagikan kepada slot teratur disusuli waktu rehat yang mencukupi.
Memperagakan Fesyen (Styling): Peragakan koleksi pakaian mengikut kategori yang paling serasi dengan gaya anda (Pakaian Lelaki, Muslimah, Wanita, Remaja, atau Kanak-kanak).
Berinteraksi (Engaging): Berkomunikasi secara mesra dengan penonton secara 'real-time', menjawab soalan tentang produk, dan membantu meningkatkan jualan.
Persediaan Awal (Prepping): Menyelaras susunan pakaian sampel dan memahami butiran produk sebelum sesi live bermula bersama pasukan sokongan.
KRITERIA KELAYAKAN
Keyakinan Kamera: Ceria, bertenaga, berkarisma, dan selesa bercakap di hadapan kamera.
Pengalaman: TIADA PENGALAMAN DIPERLUKAN! Kemasukan peringkat permulaan (entry-level), lepasan SPM, dan Fresh Graduates dialu-alukan. Latihan berstruktur dan bimbingan mentor disediakan dari hari pertama.
Bahasa: Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris.
Jadual Kerja: Bekerja mengikut giliran syif (Pagi & Petang/Malam). Nikmati kelebihan cuti pada hari biasa (weekdays) — mudah untuk selesaikan urusan peribadi atau lepak kafe tanpa kesesakan orang ramai!
Lokasi: Boleh hadir bertugas di studio kami di Klang / Kapar, Selangor.
Pay: RM2,200.00 - RM3,300.00 per month
Benefits:
- Flexible schedule
- Free parking
- Meal provided
Work Location: In person
Other offers great for you!
These companies are also looking for great profiles
Celaneo
Senior Full Stack Developer
Permanent contract
Paris, France
Onsite, Hybrid
Skills
1 day ago
Quick apply
Creme de la creme
Consultant DevOps - Full remote
Freelance
Remote
Skills
19 hours ago
Quick apply
Digital Prod
Régisseur Studio / Technicien Live
Permanent contract
Paris, France
Hybrid
13 hours ago
Quick apply