Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad
PENOLONG EKSEKUTIF AR-RAHNU
2 months ago
Share this opportunity
Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.
Important information
Contract type:
Permanent
Salary:
MYR 24,000 – MYR 28,200 / year
Location:
Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Work mode:
Onsite
Published on:
21 August 2026
What they need
Lokasi Kekosongan : Kuala Lumpur / Selangor
Syarat dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Syariah / Pemasaran / Perakaunan / Kewangan / Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan;
Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan; atau
Calon-calon yang memiliki kelulusan peringkat Diploma mestilah mempunyai pengalaman tidak kurang empat (4) tahun dalam bidang Ar-Rahnu;
Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun serta lulus dalam dua (2) mata pelajaran lain;
Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta mampu bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum;
Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan
Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.
Tugas dan Tanggungjawab
Bertanggungjawab dalam membantu Ketua / Penyelia Cawangan menyelia dan menyusunatur tugasan kakitangan di bawah seliaanya di samping memastikan setiap tugasan adalah selari dengan kehendak dan dasar yang telah ditetapkan oleh KPDRM seperti berikut:
- Memastikan kakitangan seliaan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kerja dan pejabat yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas harian agar urusan pentadbiran Cawangan Ar-Rahnu berjalan lancar.
- Bertanggungjawab dalam membantu Ketua / Penyelia Cawangan membuat kajian dan menyemak dari semasa ke semasa sistem Ar-Rahnu yang sedia ada dan menentukan bahawa kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.
- Membantu Ketua / Penyelia Cawangan menyediakan cadangan dan membuat kajian terhadap produk-produk baru pembiayaan KPDRM.
- Membantu dalam menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Lembaga atau lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Menyelia dan mengemaskini harga emas secara harian bagi memastikan harga emas Ar-Rahnu yang digunapakai adalah sentiasa terkini serta mengikut harga pasaran.
- Memastikan setiap aktiviti dan transaksi Ar-Rahnu yang dilakukan adalah secara telus dan tanpa unsur-unsur penipuan.
- Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan Cawangan Ar-Rahnu adalah diuruskan dengan teratur serta sistematik.
- Membantu Ketua / Penyelia Cawangan dalam merancang dan mencadangkan promosi perniagaan Ar-Rahnu setempat dan mendapatkan kelulusan dari Ketua Bahagian terlebih dahulu.
- Bertindak menggantikan Ketua / Penyelia Cawangan Ar-Rahnu sepanjang ketiadaan beliau (bercuti atau dipanggil ke Ibu Pejabat) dan memastikan keselamatan kakitangan dan fasiliti cawangan adalah berada dalam kondisi yang baik dan selamat.
- Menyemak, memantau dan mengesahkan hasil kerja kakitangan seliaan secara kerap dan teratur serta mematuhi SOP yang disediakan.
- Mentadbir rekod transaksi Ar-Rahnu cawangan secara sistematik dan teratur bagi tujuan pengauditan berkala yang akan dijalankan.
- Membantu dalam mentadbir rekod & data transaksi Ar-Rahnu dan melaporkan jumlah keuntungan bulanan.
- Melayani pertanyaan-pertanyaan anggota/pelanggan berhubung permohonan termasuk semua pertanyaan menerusi telefon.
- Membantu kakitangan Cawangan Ar-Rahnu dalam tugasan harian dalam usaha memastikan kelancaran tugasan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama.
Other offers great for you!
These companies are also looking for great profiles
Salutech
Chef de projet mainframe expérimenté
500
Freelance
Paris, France
Onsite, Hybrid
Skills
21 hours ago
Quick apply
Easy-Talent
Responsable des Services Généraux - CDD F/H
Freelance
77340 Pontault-Combault, France
Onsite
Skills
20 hours ago
Quick apply
Nexoris
Chef de Projet Sophis
640
Freelance
Paris, France
Onsite, Hybrid
Skills
20 hours ago
Quick apply