Find a jobRecruiters

Saintis (PDRC)

Exclusive opportunity

Onsite

Saintis (PDRC)

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Saintis (PDRC)

Skills

Testing & QAR

2 months ago

Share this opportunity

Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.

Important information


Contract type:

Freelance / Contract

Salary:

MYR 37,200 – MYR 54,000 / year

Location:

George Town, Penang, Malaysia

Work mode:

Onsite

Published on:

11 August 2026

What they need


Mengenai Jawatan Ini

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) sedang mencari seorang Saintis yang bermotivasi, berdedikasi dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami.


Tanggungjawab Utama

1.      Melaksanakan aktiviti R&D bagi mencapai KPI IPharm-NIBM dalam bidang pembangunan produk farmaseutikal dan nutraseutikal;

2.      Bersama-sama dengan Head of QA, QA Executive GMP IPharm-NIBM bertanggungjawab:

a)     Mengurus dan memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) serta pematuhan terhadap GMP, APB, DRGD dan peraturan pihak berkuasa berkaitan;

b)     Memastikan kawalan kualiti bahan permulaan, bahan pembungkusan, produk perantaraan dan produk siap dilaksanakan mengikut spesifikasi dan prosedur yang ditetapkan;

c)     Memastikan proses semakan, pelepasan, penyimpanan dan pengedaran produk siap dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi keperluan kualiti;

d)     Menyelenggara dan mengemas kini dokumentasi kualiti, termasuk Manual Kualiti, Site Master File, SOP, spesifikasi, arahan kerja, rekod dan borang berkaitan;

e)     Merancang dan melaksanakan aktiviti audit dan pemeriksaan, termasuk pemeriksaan kendiri, audit dalaman, audit pembekal serta tindakan susulan yang berkaitan;

f)      Mengurus isu kualiti dan ketidakpatuhan, termasuk siasatan aduan pelanggan, pengurusan risiko serta pembangunan dan pemantauan tindakan pembetulan dan pencegahan (CAPA); dan

g)     Membangun dan melaksanakan Program Kelayakan Pembekal dan Program Kualiti bagi memastikan pembekal dan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Kelayakan dan Pengalaman:

1.      Warganegara Malaysia.

2.      Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains seperti bidang Teknologi Farmaseutikal, Sains Farmaseutikal, Bioteknologi Kesihatan atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3.      Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang Jaminan Kualiti (QA) untuk industri pembuatan produk ubat tradisional, suplimen kesihatan atau farmaseutikal (Good Manufacturing Practice);

4.      Berpengalaman dalam menguruskan projek R&D yang berkaitan formulasi dan pembangunan produk, pendaftaran produk perubatan tradisional serta pengurusan fasiliti GMP atau setara;

5.      Mempunyai keupayaan berfikir secara analitikal, kritikal dan sistematik dalam menilai isu kualiti serta ketidakpatuhan; dan

6.Mempunyai keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama secara profesional dengan pihak dalaman dan luaran.


Faedah dan Peluang yang Ditawarkan

Di NIBM, kami menghargai kakitangan sebagai aset utama organisasi. Dalam peranan ini, anda akan berpeluang untuk:

  • Menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan modal insan organisasi.
  • Bekerja dalam persekitaran yang kolaboratif, dinamik dan menyokong pembelajaran berterusan.
  • Menikmati ganjaran dan imbuhan yang kompetitif.

Mengenai Kami

(NIBM) ditubuhkan pada 27 Januari 2012 sebagai sebuah konsortium institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). NIBM menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden melalui tiga institut di bawahnya — Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI), Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).


Cara Memohon

Sekiranya anda seorang individu yang bersemangat, komited dan ingin menjadi sebahagian daripada pasukan kami, kami mengalu-alukan permohonan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di:
https://nibm.my/v6/?page\_id=135

Tarikh tutup permohonan: 24 OGOS 2026

Other offers great for you!

These companies are also looking for great profiles

Celad

Responsable déploiement PMO Programme Confirmé (H/F)

40000/48000€

Permanent contract

Rennes, France

Onsite

Skills

Responsable déploiement PMO

21 hours ago

Quick apply

Hepta Advisory Labs

Développeur C# / .NET 6+ – Trading Électronique / Front Office

Freelance

Paris, France

Onsite

Skills

C#.NETNET 6

21 hours ago

Quick apply

LeHibou

QA Tester

400€ / jour

Freelance

93400 Saint-Ouen-sur-Seine, France

Hybrid

Skills

Testing & QA

43 minutes ago

Quick apply

The best place to find your next move

© 2026. All Rights Reserved.

Talents

Find a job

Create a profile

Solutions and tools