Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
Senior Technician Preventive Maintenance Plating
Skills
2 months ago
Share this opportunity
Share this opportunity to other talents of your network:
✓ Offer them a visibility boost with clients.
✓ Help your contacts find their next job.
Important information
Contract type:
Permanent
Location:
Malacca, Malaysia
Work mode:
Onsite
Published on:
9 September 2026
What they need
About the role
Menyelesaikan masalah dan membaiki peralatan MECO, pancutan air (water jet) serta rendaman kimia; mengenal pasti punca utama dan melaksanakan tindakan pembetulan/pencegahan bagi mencapai sasaran KPI tempoh henti peralatan.
Key responsibilities
Menyelesaikan masalah dan membaiki peralatan MECO, pancutan air (water jet) serta rendaman kimia; mengenal pasti punca utama dan melaksanakan tindakan pembetulan/pencegahan bagi mencapai sasaran KPI tempoh henti peralatan. (Troubleshoot and repair MECO, Water Jet & Chemical dipping equipment issues, identify root causes and implement corrective/preventive actions to achieve equipment downtime KPI targets).
Laksanakan aktiviti Penyelenggaraan Pencegahan (PM) yang dijadualkan dan pastikan semua rekod PM dilengkapkan serta dikemas kini dengan tepat (senarai semak elektronik dan SAP). (Execute scheduled Preventive Maintenance (PM) activities and ensure all PM records are accurately completed and updated (e-checklist and SAP)
Menyokong projek penambahbaikan berterusan dan penyelenggaraan yang bertujuan untuk meningkatkan Kecekapan Peralatan Keseluruhan (OEE), termasuk prestasi dari segi kelajuan, kos dan kualiti. (Support continuous improvement and maintenance projects aimed at improving Overall Equipment Efficiency (OEE), including speed, cost and quality performance)
Membantu dalam pemasangan dan pentauliahan peralatan/perkakasan baharu mengikut keperluan, termasuk sokongan penyediaan dan kesediaan untuk penyerahan. (Assist with new tool/equipment installation and commissioning as required, including setup support and handover readiness)
Kekalkan pematuhan sepenuhnya terhadap protokol Keselamatan, 5S & Bilik Bersih, serta pupuk persekitaran kerja yang selamat dan berdisiplin. (Maintain full compliance with Safety, 5S & Cleanroom protocols and promote a safe and disciplined work environment.)
Keperluan:
Minimum Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang berkaitan (Elektronik, Elektrik, Mekatronik)
Lulus SPM termasuk subjek Matematik & Bahasa Inggeris.
Pengetahuan asas tentang proses Semikonduktor Plating adalah satu keutamaan.
Mempunyai pengalaman kerja di sektor perkilangan Plating adalah kelebihan.
Kemahiran asas menyelesaikan masalah dan troubleshoot.
Boleh membaca dokumen teknikal, rajah, dan prosedur.
Boleh bekerja dalam syif 12 jam (Siang/Malam).
Sifat Kerja:
- Ini adalah peranan di dalam sektor pengilangan yang melibatkan operasi mesin industri yang melibatkan bahaya pekerjaan termasuk pendedahan kepada, contohnya, bunyi bising, bahagian yang bergerak, bahan kimia (dengan Peralatan Perlindungan Diri). Latihan keselamatan menyeluruh dan peralatan perlindungan yang diperlukan (PPE) akan disediakan kepada semua pekerja untuk mengurangkan risiko.
Waktu Bekerja
Waktu Bekerja: Isnin - Jumaat 8.00pagi - 5.15petang (9 jam 15 minit);
Syif 12 Jam (7pagi-7malam; 7malam – 7pagi)
Waktu Rehat: 30 minit rehat tanpa berbayar, 15 minit berbayar; 120 minit berbayar (Syif)
Gaji & Kerja Lebih Masa (OT)
Gaji Asas: RM2000 (boleh dirunding)
Kadar Kerja Lebih Masa: Hari Biasa (1.5X); Hari Rehat (2.0x), Cuti Umum (3.0x)
Kerja lebih masa adalah secara sukarela. Kerja lebih masa tidak boleh melebihi 104 jam sebulan.
Cuti
Cuti Umum: Pekerja berhak mendapat semua cuti umum yang diwartakan yang diumumkan oleh Syarikat.
Cuti Tahunan (berdasarkan tempoh perkhidmatan): 13 hari (<2 tahun); 14 hari (2-5 tahun); 18 hari (5-15 tahun); 20 hari (>20 tahun).
Cuti Sakit (berdasarkan tempoh perkhidmatan): 14 hari (<2 tahun); 18 hari (2-5 tahun); 22 hari (>5 tahun).
Cuti masuk Hospital: 60 hari setahun
Cuti Bersalin: 98 hari
Cuti Bapa: 7 hari (cuti bagi kelahiran anak).
Kemudahan & Kebajikan Pekerja
Kemudahan Asrama: Hanya untuk pekerja asing shj (Akta 446)
Pengangkutan Syarikat: Disediakan untuk Operator shj.
Perlindungan Insurans & perubatan disediakan.
keperluan kerja: baju seragam & PPE yang sesuai diberikan secara percuma mengikut keperluan kerja.
Potongan gaji: Caruman KWSP, Perkeso, EIS & Cukai pendapatan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Tiada yuran pengambilan atau penempatan yang dikenakan untuk anda atau keluarga anda.
Semua tambang penerbangan dan penginapan perjalanan percuma untuk pekerja yang bergerak dari negari asal mereka ke Melaka untuk pekerjaan ini, dan pulang selepas tamat kontrak mereka atau memberikan notis yang mencukupi untuk penamatan awal
Tiada simpanan paksaan: Tiada program simpanan paksaan yg diwajibkan oleh Majikan.
Hak Pekerja: Kebebasan untuk menyertai kesatuan sekerja dan perundingan bersama.
Pelbagai Maklumat & Laporan Aduan: Untuk melaporkan kebimbangan, termasuk kebimbangan berkaitan buruh, etika, keselamatan dan alam sekitar, lawati Infineon.com atau tulis kepada [email protected].
Atau anda boleh klik di pautan bawah:
https://www.infineon.com/about/company/sustainability/business-ethics
https://www.infineon.com/about/investor/corporate-governance/compliance/ifx-contacts
Other offers great for you!
These companies are also looking for great profiles
Achil
Electromecanicien de maintenance 2X8 H/F
Permanent contract
60600 Clermont, France
Onsite
16 hours ago
Quick apply
Yunik
Expert Senior Transformation Finance & AI First / Process Redesign
Freelance
Paris, France
Hybrid
Skills
9 hours ago
Quick apply
Yunik
Data Analyst Senior - Supply Chain
Freelance
Paris, France
Hybrid
Skills
6 hours ago
Quick apply